top of page

100% DURIAN ASLI.

TIADA CAMPURAN.

Original Tempoyak Pahang.

 

Pengenalan 

         Tempoyak atau dikenali sebagai asam durian atau pekasam merupakan salah satu makanan tradisional melayu yang dibuat daripada isi buah durian dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari didalam suhu bilik untuk proses penapaian. Rasa tempoyak yang begitu unik menjadikannya sebagai bahan utama didalam masakkan seperti sambal tempoyak dan juga gulai tempoyak. 

 

         Tempoyak sangat terkenal dinegeri Pahang dan Perak yang menjadikannya sebagai makanan wajib semasa jamuan tertentu. Namun kini, tempoyak telah mendapat perhatian dan digemari oleh semua peminat buah durian di seluruh negeri kerana aroma dan kelazatannya menjadikan masakkan lebih istimewa. Di negeri Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat terkenal dan disukai oleh ramai pelancong didalam dan diluar negara. 

 

 

Masakan popular bersama tempoyak

          Terdapat pelbagai jenis cara masakan menggunakan tempoyak dan antara yang sangat terkenal ialah gulai tempoyak. Gulai ini dimasak bersama ikan; antara ikan yang sesuai digulai bersama tempoyak ialah ikan patin, ikan baung dan ikan jelawat .Ia juga boleh dimasak bersama ayam bergantung kepada selera masing-masing. Selain itu, tempoyak juga boleh dibuat sambal tumis ikan bilis, sambal tumis petai, sambal udang, pais tempoyak (ikan yang dibakar bersama tempoyak), dan sambal tempoyak (tempoyak yang digaul bersama cili padi kemudian dimakan begitu sahaja atau digoreng bersama ikan bilis).

Saudagar tempoyak menyediakan beberapa pilihan size kepada pengguna akhir, peniaga dan pemborong.  

300g
600g
1kg

Jom ikuti kami di facebook untuk dapatkan update terkini

Durian Asli

Sedap

Tiada campuran

Bersih

Lemak manis

durian.jpg
bottom of page